Hidup saya sebagai seorang suri rumah dan ibu kepada dua orang anak yang bersekolah penuh dengan warna-warni, gelak ketawa, dan cabaran yang tidak pernah berakhir.
Perjalanan karier saya sebagai project manager bagi event dan program seni bermula pada bulan Mac 2024 yang lalu, langkah pertama yang penuh berani dan penuh dengan rasa teruja.
Yang paling menarik, saya berjaya merealisasikan semua ini hanya dari sebuah bilik di rumah saya.
Bayangkan!
Dari ruang kecil itu, saya mengatur dan mengendalikan acara bertaraf antarabangsa, menghubungkan pelbagai pihak penting dan mencipta momen yang memukau.
Cool kan?
Di sebalik setiap kejayaan, ada juga dilema yang kadang-kadang membuatkan saya terdiam sebentar sambil tarik nafas panjang.
Sebagai seorang suri rumah yang terlibat sepenuhnya dalam pengurusan acara, kerja saya memerlukan kolaborasi dengan ramai orang dan jadual yang tak menentu.
Pada masa yang sama, saya tetap seorang ibu yang anak-anaknya memerlukan perhatian, seorang di sesi pagi dan seorang lagi di sesi petang. Menguruskan tugasan kerja sambil memastikan anak-anak tak rasa terabai memang satu cabaran hebat.
Ada hari di mana saya rasa macam superwoman, terperangkap antara jadual meeting dan masa bermain.
Tapi, apa yang buat saya terus tersenyum?
Melihat acara yang saya uruskan berjalan lancar walaupun diatur dari rumah.
Itu adalah bukti bahawa wanita, khususnya ibu seperti saya, mampu mengejar impian dan menjalankan tanggungjawab tanpa mengorbankan keluarga.
Hidup saya mungkin sibuk, tapi saya suka melihat sisi ceria dan positif dalam setiap detik.
Saya putuskan untuk memulakan sebuah blog lifestyle of a Supermom, tempat saya berkongsi pengalaman hidup dan luahan harian.
Blog ini akan penuh dengan cerita-cerita santai, tips, dan kisah suka-duka yang mungkin dekat di hati setiap mompreneur di luar sana yang bekerja dari rumah.
Kepada semua ibu yang menghadapi cabaran serupa, juggling between deadlines and diaper duties, calls and school pick-ups, blog ini untuk anda.
Sama-sama kita ketawa, berkongsi inspirasi, dan terus melangkah dengan penuh gaya dan semangat!