Wednesday telah membuktikan bahawa cerita keluaran Netflix bukan semuanya tak best. Cerita ni seolah-olah tiada langsung mana-mana bahagian yag kita boleh kondem.

Lagi-lagi bila dapat pengarah filem yang hebat seperti Tim Burton. Filem-filem yang dihasilkan oleh beliau memang tak pernah mengecewakan. Imma big fan!

Meh sini Faye ceritakan serba sedikit mengenai Tim Burton dan karyanya.

Dengan menggunakan konsep Gothic serta Fantasi, Tim Burton telah menjadikan Wednesday suatu fenomena dari segi personaliti watak utama, tarian unik dan gaya bahasa watak utama.

Jangan tak tahu Tim Burton juga pernah menghasilkan cerita legend yang lain iaitu Beetlejuice (Jus Kumbang, 1988), Edward Scissorshand (Edward Si Tangan Gunting, 1990) hingga ke Dark Shadows (Bayang-bayang Gelap, 2012).

Yang bestnya, cerita-cerita beliau ini tak perlukan pelakon-pelakon untuk melakukan aksi ranjang melampau atau mencarut. 

Makanya, sesuailah untuk ditonton oleh semua lapisan masyarakat. Budak-budak nak tengok pun boleh dengan ditemani ibubapa, supaya mereka dapat mesej yang sebenar dari kisah-kisah berikut.


Berlatarbelakangkan fantasi gelap dan mistik, Tim bekerjasama dengan pelakon utamanya iaitu Jenna Ortega, telah memasukkan weirdo lines yang santai dan tidak keterlaluan supaya watak Wednesday kekal misteri sepanjang siri drama tersebut.

Kenali Wednesday

Dilakonkan oleh Jenna Ortega, Wednesday adalah seorang yang gemar menyendiri dan mementingkan perasaannya sendiri. Tidak mempunyai sifat empati tetapi seorang kakak yang penyayang kepada adiknya, Pugsley Addam (watak dipegang oleh Isaac Ordonez).

Merupakan anak pertama dari pasangan romantik Morticia Addam dan Gomez Addam yang dilakonkan oleh Cathrine Zeta-Jones dan Luis Guzman. Tetapi, Wednesday lebih rapat dengan pakcik saudaranya iaitu Uncle Fester (Fred Armisan) kerana kedua-dua mereka mempunyai minat dan mempunyai keperibadian yang hampir serupa.

Info Siri Wednesday

Original Netflix Series (8 Episode)
Tayangan: 23 November 2022
Pengarah: Tim Burton
Penerbit: Alfred Gough & Miles Miller

Sinopsis: Wednesday Addam, seorang yang dingin, menyiasat kematian bersiri di Pekan Jericho ketika menuntut di Akademi Evermore secara tidak langsung membongkar kebenaran rahsia tersembunyi di kampusnya.

Konklusi

Cerita ini sesuai ditonton oleh remaja tetapi berteman kerana mempunyai sedikit unsur-unsur kebaratan dimana ianya di-inklusiviti-kan terhadap budaya masa kini.

Tim telah memasukkan unsur ‘Lesbian’ (keluarga kepada salah seorang pelajar sekolah) secara halus supaya tidak di’cancel’ di dalam budaya batal (cancel culture) yang berleluasa di negara-negara barat.

Trend tarian Wednesday juga telah mendapat liputan dan viral di media sosial terutamanya di Tiktok. Tarian tersangat cool, tetapi perlu agak berhati-hati pada lirik musik yang terdapat didalam lagu tersebut. 
Other than that, okay ja.


Siri Netflix apa lagi yang menarik untuk ditonton ya?

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *